JOM BACE STATUS SY YG TERKINI
YanaMuhd: Kerana minta beli sarapan , ANI MAYUNI dipukul !

Saturday 4 February 2012

Kerana minta beli sarapan , ANI MAYUNI dipukul !


“ Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. “

Kesian .. laki jenis belasah isteri ni , banyak wujud kat muka bumi ni lagi .. Suka benar belasah isterinya sendiri tapi dengan kawan kawan , cam kucing bulu tebal tu .. apa nama , frieskies ? Hahaha..
Serius la … Dayus lelaki yg pukul perempuan ni ! PENAKUT ! Kalau berani sangat, g la Palestine tu haaa .. Ni ngan kaum lemah , berani tunjuk hero ..
Kot ya ada apa salah sekali pun , settle cara baik. Tak suka kalu , kasi cerai jer .. Yang nak simpan dan belasah tu nape ? Cuma satu je persoalannya .. Banyak dah kes-kes gini dilaporkan .. Cuma , tindakan penguatkuasaan camana yer ?



Thank u for reading :D

No comments: