JOM BACE STATUS SY YG TERKINI
YanaMuhd: Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja

Saturday 11 February 2012

Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja

Assalamualaikum semua , ,huh mlm ni bosan right ? so yana BW blog org n t'bace satu entry menarik ni .. subhanallah . . knape ? bcelah tajuk entry ni . .Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja !  credit :nadiaramlee.


be4 read klik sini , sini , sini !



Pernah tak korang terfikir bahawa laungan azan berkumandang dalam gereja?? Mesti korang tak terfikir kan.. kan.. Nadia pun terkejut gak tapi nie adalah kenyataan!!
Masa tengok video yang bertajuk ‘Unity Humanity For Peace’ kat YouTube, nadia agak tertarik dengan ucapan seorang paderi yang berada di dalam sebuah gereja yang mengajak manusia untuk sentiasa mengekalkan keamanan di dunia dan mengharapkan rahmat dari Tuhan dalam setiap agama.
Lebih mengharukan, setelah selesai memberikan ucapan pembukaannya, laungan azan berkumandang di dalam gereja itu!  Malah, laungan azan yang merdu itu turut disertakan dengan maknanya sekali dalam klip berkenaan.
Azan itu dilaungkan oleh seorang pemuda beragama Islam, Ben Youcef yang juga seorang pelakon dan model. Dia banyak terlibat dalam kegiatan dakwah. Ketika azan dilaungkan oleh Ben Youcef, semua yang berada di dalam gereja itu tunduk dan duduk diam tanda hormat terhadap laungan azan yang menandakan kebesaran dan kesucian agama Islam.
Ia dirakamkan sewaktu berlangsungnya dialog antara agama yang dihadiri puak Yahudi, penganut Kristian dan juga penganut Islam di sebuah gereja dekat Universiti Southern California tahun lalu.
Menyingkap kisah hidup Ben Youcef, pemuda ini dilahirkan di Algeria dan telah melanjutkan pelajarannya ke London dengan mengambil jurusan pengurusan perniagaan serta mendalami ilmu teater.
Semenjak itu, Ben Youcef telah berkecimpung dalam dunia model selama hampir dua tahun dan banyak terlibat dalam dunia pengiklanan di New York.
Memetik kata-katanya di laman peribadi rasmi miliknya, www.benyoucef.com, objektifnya menjadi seorang pelakon adalah untuk membawa pemahaman yang baru iaitu budaya Timur Tengah ke seluruh dunia.
Dengan rasa rendah diri, Ben Youcef mengakui masih mengekalkan cara hidup yang sederhana supaya semua manusia dapat melihat keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuangkan seni Islam yang dibawa olehnya




Thank u for reading :D

No comments: