JOM BACE STATUS SY YG TERKINI
YanaMuhd: July 2012

Sunday 8 July 2012

Saturday 7 July 2012

Giveaway by Mira-chan !

GiveAway TERBAIK bulan ini
-Middle Of The Year GA by Izzah and Amira.
-Simple Giveaway by Atirah Hayati and Siti Syazwani
-1st giveaway by nina dan kiki


klik banner utk join :D

tarikh tamat  :20 July 2012



Thank u for reading :D

Friday 6 July 2012

Malam Nisfu Syaaban: Korang tahu tak?

GiveAway TERBAIK bulan ini
-Middle Of The Year GA by Izzah and Amira.
-Simple Giveaway by Atirah Hayati and Siti Syazwani
-1st giveaway by nina dan kiki





Korang tahu tak?
Bulan Syaaban bulan kelapan dalam kalendar Hijrah:
1. Muharram.
2. Safar.
3. Rabiul Awal.
4. Rabiul Akhir.
5. Jumadil Awal.
6. Jumadil Akhir.
7. Rejab.
8. Syaaban.
9. Ramadhan.
10. Syawal.
11. Dzulkaidah.
12. Dzulhijjah.

Korang tahu tak?
Syaaban maksudnya berpecah atau bercerai-berai. Pada bulan ni, masyarakat Quraisy zaman dulu berpecah kepada beberapa kumpulan dan berhijrah sebab nak cari air kat padang pasir.

Korang tahu tak?
Nisfu maksudnya setengah atau separuh. Jadi Nisfu Syaaban maksudnya setengah atau separuh bulan Syaaban.

Korang tahu tak?
15 Syaaban adalah Malam Nisfu Syaaban. Tahun ni, kalau ikut kalendar Masihi, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada 5 Julai 2012.

Korang tahu tak?
Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang penuh keberkatan dan rahmat selepas Malam Lailatulqadar. Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yang dikabulkan doa. Berdasarkan pendapat Imam Syafie dalam kitab al-Umm:
“Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Korang tahu tak?
Antara orang yang tidak diampunkan Allah:
1. Orang yang kekal munim arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapa.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang selalu berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang buat orang supaya berkelahi.

Korang tahu tak?
Antara amalan yang boleh korang buat:
1. Perbanyakkan puasa sunat dalam bulan Syaaban.
2. Perbanyakkan doa, zikir, baca al-Quran dan selawat kepada Rasulullah S.A.W..
3. Bertaubat.
4. Baca Yasin pada Malam Nisfu Syaaban.

Korang tahu tak?
Bila korang baca Yasin:
1. Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
2. Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
3. Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.




Thank u for reading :D