Berita ini dipetik daripada Blog Mazidul Akmal
Kakitangan ambulan Hospital Sungai Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal
dunia pada jam 4.38 petang tadi .
Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya .
Ketika tiba di rumah arwah padan jam 4.30 petang , jururawat peribadi arwah , Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR .
" Berapa minit buat CPR ? " , soal saya .
" Lebih kurang 20 minit bang , " balasnya .
Beberapa minit kemudian , dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan
mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian .
" Tiada nadi dan nafas , anak mata sudah membesar , " ujar kakitangan hospital
tertbabit .
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya .
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan .
Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman , Zed Zaidi .
Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah ,
C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Al-Fatihah . . .
2 comments:
Sedih giler bila dengar berita ni dekat Facebook. Tak boleh tengok dah lawak dia. :'(
taw tak pe :'(
Post a Comment