JOM BACE STATUS SY YG TERKINI
YanaMuhd: Puisi Untuk Awak :')

Friday, 18 May 2012

Puisi Untuk Awak :')



Puisi seseorang........



awak,

saya jeles lah tengok kawan-kawan saya,
semuanya dah ada pasangan masing-masing,
saya je yang takde pasangan lagi,
sedih tahu tak?

awak,
orang kata,
sejak kita lahir,
semua tentang kita dah tertulis,
tentang mati,
tentang apa-apa je lah, 
dan termasuklah tentang jodoh,
maknanya awak tu jodoh saya,
dan saya ni pulak jodoh awak,
cuma kita masih belum kenal je,

masalahnya sekarang,
kenapa awak tak muncul-muncul lagi?
saya nak kena cari awak ke?
ataupun saya kena tunggu sampai awak datang?
kalau saya kena cari, kat mana saya nak cari?
dunia ni luas lah awak,
awak jangan lah menyorok,
kesian lah kat saya ni,
takkan saya nak kena test semua perempuan yang ada kat dunia ni,
semata-mata sebab nak cari awak?
taknak lah macam tu awak. 

awak,
awak kat mana sekarang?
awak datang cepat eh?
saya tunggu awak.


awakkk.......

Thank u for reading :D

No comments: